Monday 19 March 2012

Mama & Manik-Maniknya

Ilham kali ini Yana dapat dari Mama Yana.. sebab apa..?? Ntahlah.. Yana pun xtahu.. hahahha. tak tanya pun ... heheheh...

Jeng..Jeng...Jeng...!! My Little sister, Cammy & Christina



Kali ini Yana nak mempekenalkan salah satu kraftangan yang sinonim dalam kalangan masyarakat Sarawak.  Masyarakat Iban di Sarawak terkenal dengan barangan kraf tangan terutamanya berasaskan bahan semula jadi seperi rotan, buluh, kayu, dan sebagainya. Biasanya kraftangan ini terdapat di kedai Kraftangan. Tapi, hari ini Yana akan tunjukkan salah satu kraftangan yang diperbuat daripada manik oleh Mama Yana sendiri.  Biasanya mama Yana akan pilih manik yang berkualiti tinggi. Kononyer..  Katanya lebih berbaloi dan berpuas hati dengan hasilnya.... hehehe... 

"Ngepan" ini kepunyaan adik perempuan Yana.Dalam kalangan Masyarakat Iban, ia dikenali sebagai "ngepan Iban". Digunakan oleh gadis atau wanita dalam sesuatu aktiviti seperti menyambut tetamu atau semasa majlis perkahwinan masyarakat Iban tradisional. 
Yang nie, adik Yana punya.. tengok tu, bola-bola orennya belum siap lagi, dah terhegeh3 nak pakai.. nak testing kononyer.. hahah... tak lawa pun.. hahaha... 



Kraftangan ini pula dikenali sebagai "necktie" dalam kalangan masyarakat iban. Ia dipakai oleh kaum lelaki. Yang ini kepunyaan Abah Yana.. hehehe... 

Boleh juga dijadikan perhiasan di rumah. 

Yang ini pula, mama kata namanya "Lupong". Fungsinya ialah untuk menyimpan barangan kecil. Biasanya akan digunakan semasa majlis perkahwinan tradisional. Tapi Yana pakai untuk simpan kunci.. hahaha... "Lupong" juga terkenal dalam kalangan Kaum Kenyah yang majoriti terdapat di Belaga Sarawak. 


 Lain-lain coraknyer.. hehehe.. ikut suka la nak patten yg mcm mana.. Nak warna lain pun boleh juga..


Orite, sampai disini saja untuk kali ini.. Memandangkan Yana Belum mandi lagi, jadi Yana Nak mandi.. sejuk dah Yana nie... ehehhehe... Buhcuk3.... :P

KBye..



1 comment:

Unknown said...

Kenapa kebanyakan kraf tangan dari Sabah Sarawak mempunyai symbol seperti gambar yang terakhir?