Jika usia remaja bebas bereksperimen dengan pelbagai gaya dan busana namun tatkala usia semakin meningkat ke usia 30, anda perlu memikirkan fesyen yang sesuai jika tidak mahu diketawakan dek penampilan tersebut. Jadi, Kali ini Yana nak berbicara mengenai perkara tersebut selepas melihat beberapa orang kakak kakak-kakak yang tidak menitikberatkan perkara ini bila dah meningkat usianya. Jahatnya saya..!! Hahha.. Sayang pulak bila zaman muda bila kelihatan seperti ibu yang sudah ada 5 orang anak, padahal usianya masih muda.. Hukhuk..!!
Tukar Kaca Mata
- Jika anda masih mengenakan kaca mata tebal sebaiknya gantikan sahaja. Ia akan membuatkan anda kelihatan lebih tua. Oleh itu, gantikan dengan yang lebih sesuai dengan usia anda. Kaca mata dengan model baru akan membuat anda tampak lebih muda dan tentunya lebih bergaya..
Potongan Rambut Bahagian Depan.
- Sesuatu yang ringkas seperti potongan rambut bahagian depan akan membuatkan seseorang itu tampil berbeza. Potongan ini mampu memberi wajah lebih segar dan muda, selain membuat orang lebih fokus kepada mata kita. Justeru, pilihlah potongan rambut bahagian depan yang mampu menyebabkan anda kelihatan lebih muda dan awet muda senantiasa.
Pilihan Seluar Jean
- Jean yang tepat akan membuat penampilan kelihatan lebih ceria dan santai. Pilihan model seluat jean yang lebih bergaya dengan usia membuatkan penampilan lebih menarik. Seluar jean jenis denim berwarna gelap dengan potongan boot, akan membuat anda tampil menarik.
Mengenakan Inner
- Shapewear atau inner ala-ala korset akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing dan ramping. Namun, jangan memilih yang terlalu ketat sehingga sukar untuk anda bergerak mahupun bernafas. Sebaiknya, pilih yang sesuai dan selesa tatkala dikenakan pada tubuh anda.
Pilihan Warna Pakaian
- Warna kontra dalam gaya berpakaian akan membuat seseorang kelihatan menyerlah atau menarik perhatian sekeliling. Warna merah jambu memberi kesan lembut atau fenimin. Bagi kelihatan lebih langsing, kenakan busana dengan warna yang sama. Pilihan busana dengan warna cerah atau terang akan membuatkan wajah lebih menonjol.
- Sekiranya, ingin memberi kesan minima pada bahagian tubuh, pilihlah warna gelap pada bahagian atas dan warna terang untuk bawah.
Kacak x nya..? Yana Minatnya dari kecik gik.. Huhuhu... *sekadar Hiasan* |
Wahai wanita, Sayangilah Diri Anda..!! Kbye..!
No comments:
Post a Comment