Friday 30 March 2012

Kenali Hepatitis

aLLow...


Yana Nak Share mengenai HEPATITIS... Apa itu HEPATITIS???


Hepatitis adalah terma untuk keradangan hati atau hepar. Ia boleh dicirikan melalui kerosakan sebilangan sel-sel hati dan kehadiran sel-sel keradangan dalam tisu hati. Hepatitis boleh disebabkan virus yang menyerang sel hati seperti Hepatitis A dan Hepatitis B. 


Hepatitis boleh dibahagikan kepada duaberdasarkan jangka masanya iaitu, Hepatitis akut - kurang daripada 6 bulan dan Hepatitis kronik - lebih dari 6 bulan.


Punca Hepatitis akut :

  • hepatitis jangkitan virus
  • penyakit virus seperti deman kelenjar dan cytomegalovirus
  • jangkitan bakteria teruk
  • jangkitan amoebik
  • ubatan seperti keracunan paracetamol
  • keracunan toksin seperti alkohol

Punca Hepatitis kronik :

  • hepatitis jangkitan
  • reaksi ubatan atau dadah
  • toksin seperti alkohol
  • hepatitis autoimun
  • penyakit metabolik semula jadi

Kenali Hepatitis A

Berpunca daripada virus hepatitis A yang dipindahkan melalui najis, makanan atau air yang tercemar. 15-40 hari barulah virus tersebut mula bertindak setelah dijangkiti.

Gelaja dan tanda-tanda :

  • hilang selera makan, loya dan muntah
  • deman
  • kesakitan pada perut
  • keletihan
  • penyakit kuning, air kencing kotor dan berwarna pucat

Rawatan :

  • rehat secukupnya dan minum banyak air
  • elakkan minum alkohol
  • kuarintinkan diri (seminggu selepas dijangkiti)

Kenali Hepatitis B

Disebabkan oleh virus hepatitis B, HBV. Cecair ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika terdedah pada darah tersebut, atau cecair dari alat kelamin mereka. Wanita yang mengandung boleh menyebabkan bayi mereka dijangkiti.

Gelaja dan tanda-tanda : 

  • hilang selera makan, loya dan muntah
  • rasa letih dan gatal pada seluruh badan
  • jaundis
  • air kencing menjadi gelap
  • najis menjadi warna pucat

Komplikasi :

  • radang hati yang kronik
  • sirrhosis hati
  • kegagalan fungsi hati
  • barah hati

Rawatan :

  • rehat yang secukupnya
  • diet rendah lemak dan perisa
  • elakkan pengambilan arak
  • dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan ubatan

Kenali Hepatitis C

keradangan hati berikutan dengan virus hepatitis C, HCV yang disebarkan melalui transfusi atau dimasukkan darah, hemodialisis dan suntikan jarum yang boleh menyebabkan kanser.

Gelaja dan tanda- tanda :

*mereka yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dijangkiti. kira2 10% penghidap jaundis akan sembuh.*
  • sakit pada bahagian abdomen
  • pembengkakan abdominal
  • pendarahan dari esofagus atau perut
  • air kencing berwarna gelap
  • kegatalan
  • kelesuan dab demam
  • jaundis
  • hilang selera makan, loya dan muntah
  • najis berwarna pucat

Rawatan :

  • ubatan antivirus
Info: assgment masa tingkatan 6 atas tahun lepas.. hehehe...
Sharing is Caring..Ok, itu saja yang Yana dapat kongsikan untuk entri kali ini.. KBYE..!

No comments: