Monday 19 March 2012

Makeup Is My Perfection




Gelisah kerana sukar untuk memilih barangan Makeup..??? Di sini Yana kongsikan beberapa tips yang Yana sering gunakan semasa menggunakan make-up.. Yana ni jenis yang gilakan bahan make-up.. Sampaikan mak Yana sendiri tumpang sekaki gunakan make-up Yana.. Katanya, mustahil kalau anak mak nie tak chantek kalau dah byk begini barangan make-up nya..Tapi kalau memang dah xpat nak cover gunakan make-up, Yana pun tak dapat nak Tolong... Hehehe...

Melalut pulak Yana nieh, Okeyhlah, bebalik kepada topik hati ini, Yana kongsikan tips untuk gadis-gadis yang baru berjinak-jinak dalam dunia make-up..

Tips Oh Tips

Gincu / Lipstick




Sebelum memilih gincu atau Lipstick yang sesuai, fahami warna kulit anda dahulu.  Warna merah jambu menyerlah dengan kompleksi yang cerah atau sesuai untuk kulit cerah.  Manakala,warna karamel tampak memukau bagi yang berkulit sederhana dan gelap.

Cipta warna gincu kegemaran anda dengan mempadukan dua warna pengilat bibir di belakang tapak tangan atau terus ke bibir anda.

Sapukan pelembap bibir untuk kesan yang lebih menyerlah selepas menggunakan gincu.

Maskara 




Cara paling mudah agar kelihatan menyerlah dan kekal segar untuk parti malam hari adalah dengan menyapu maskara semula dan menyembur haruman setiap 3-4jam.

Kening / Eyebrows



Untuk kening tampak semulajadi, gunakan kombinasi pensil kening dan pembayang mata semulajadi. Sapukan dengan berus tipis ke kening.

Pembayang Mata / Eyeshadow

Bergembiralah ketika bersolek.  Pilih warna yang menggambarkan mood anda pada hari tersebut.  Merah jambu menggambarkan kenakalan. Biru adalah berani.  Warna alam menyatakan anda benar-benar serius dan seterusnya.

Garis Mata / Eyeliner



Sapukan garis lebih gelap dalam sudut mata akan menjadikan mata lebih menyerlah.  Sapukan pembayang "plum & lilac" untuk mengimbangkannya

Foundation



Bedak asas mineral boleh juga digunakan sebagai "Concealer" cela.  Sapukan sedikit pada cela anda dan ratakan selebihnya.

Pemerah Pipi / Blush



Untuk mengetahui warna pemerah pipi anda, selepas bersenam, cuba lihat pipi anda. Itulah warna semulajadi anda.

Sekian Untuk Kali Ini... Gunakanlah Tip-tips untuk tampak lebih berkeyakinan.  Well, Orang Kata, Sharing Is Caring.. 



2 comments:

Jujue said...

ok.. nak bgtau sikit la.. Yana is ladies.. hikhikhik..

Yana said...

hahahaha....! ikut tempat juga la jue.. xkan kat rumah nak make-up indah.. heheheh