Friday, 30 March 2012

Kenali Hepatitis

aLLow...


Yana Nak Share mengenai HEPATITIS... Apa itu HEPATITIS???


Hepatitis adalah terma untuk keradangan hati atau hepar. Ia boleh dicirikan melalui kerosakan sebilangan sel-sel hati dan kehadiran sel-sel keradangan dalam tisu hati. Hepatitis boleh disebabkan virus yang menyerang sel hati seperti Hepatitis A dan Hepatitis B. 


Hepatitis boleh dibahagikan kepada duaberdasarkan jangka masanya iaitu, Hepatitis akut - kurang daripada 6 bulan dan Hepatitis kronik - lebih dari 6 bulan.


Punca Hepatitis akut :

  • hepatitis jangkitan virus
  • penyakit virus seperti deman kelenjar dan cytomegalovirus
  • jangkitan bakteria teruk
  • jangkitan amoebik
  • ubatan seperti keracunan paracetamol
  • keracunan toksin seperti alkohol

Punca Hepatitis kronik :

  • hepatitis jangkitan
  • reaksi ubatan atau dadah
  • toksin seperti alkohol
  • hepatitis autoimun
  • penyakit metabolik semula jadi

Kenali Hepatitis A

Berpunca daripada virus hepatitis A yang dipindahkan melalui najis, makanan atau air yang tercemar. 15-40 hari barulah virus tersebut mula bertindak setelah dijangkiti.

Gelaja dan tanda-tanda :

  • hilang selera makan, loya dan muntah
  • deman
  • kesakitan pada perut
  • keletihan
  • penyakit kuning, air kencing kotor dan berwarna pucat

Rawatan :

  • rehat secukupnya dan minum banyak air
  • elakkan minum alkohol
  • kuarintinkan diri (seminggu selepas dijangkiti)

Kenali Hepatitis B

Disebabkan oleh virus hepatitis B, HBV. Cecair ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika terdedah pada darah tersebut, atau cecair dari alat kelamin mereka. Wanita yang mengandung boleh menyebabkan bayi mereka dijangkiti.

Gelaja dan tanda-tanda : 

  • hilang selera makan, loya dan muntah
  • rasa letih dan gatal pada seluruh badan
  • jaundis
  • air kencing menjadi gelap
  • najis menjadi warna pucat

Komplikasi :

  • radang hati yang kronik
  • sirrhosis hati
  • kegagalan fungsi hati
  • barah hati

Rawatan :

  • rehat yang secukupnya
  • diet rendah lemak dan perisa
  • elakkan pengambilan arak
  • dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan ubatan

Kenali Hepatitis C

keradangan hati berikutan dengan virus hepatitis C, HCV yang disebarkan melalui transfusi atau dimasukkan darah, hemodialisis dan suntikan jarum yang boleh menyebabkan kanser.

Gelaja dan tanda- tanda :

*mereka yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dijangkiti. kira2 10% penghidap jaundis akan sembuh.*
  • sakit pada bahagian abdomen
  • pembengkakan abdominal
  • pendarahan dari esofagus atau perut
  • air kencing berwarna gelap
  • kegatalan
  • kelesuan dab demam
  • jaundis
  • hilang selera makan, loya dan muntah
  • najis berwarna pucat

Rawatan :

  • ubatan antivirus
Info: assgment masa tingkatan 6 atas tahun lepas.. hehehe...
Sharing is Caring..Ok, itu saja yang Yana dapat kongsikan untuk entri kali ini.. KBYE..!

Thursday, 29 March 2012

Tip Memasak Cegah Hepatitis A

Hepatitis A dilihat sebagai salah satu penyakit yang semakin menular dalam kalangan kanak-kanak. Penyakit ini boleh dicegah dengan mudah dan salah satu pencegahan yang boleh dilakukan ialah dengan memasak makanan dengan baik.


Berikut ialah tip penting yang boleh dijadikan panduan oleh kaum ibu atau penjaga untuk dipratikkan ketika penyediaan makanan.



  1.  Menjaga kebersihan dengan mencuci tangan sebelum masak dan setelah keluar dari tandas.
  2. Cuci dengan bersih peralatan memasak seperti kuali, periuk dan sebagainya. Tidak ketinggalan mangkuk, sudu, gelas dan lain-lain.
  3. Pastikan bebas dari binatang seperti serangga di peralatan memasak mahupun peralatan makanan.
  4. Masak makanan hingga matang (masak) terutamanya, daging, ikan, ayam, telur dan makanan laut.
  5. Bagi makanan berkuah seperti sup, rebus sehingga sekurang-kurangnya 70 darjah celcius. Untuk daging dan ayam, pastikan tidak lagi berwarna merah pucat serta panaskan makanan yang sudah masak dengan betul.
  6. Simpan makanan dalam suhu yang betul. Elakkan simpan makanan yang sudah dimasak di dalam suhu bulik dalam tempoh yang lama.
  7. Masukkan makanan ke dalam peti sejuk dan panaskan dengan betul (pada 60 darjah celcius) sebelum dimakan.
  8. Gunakan air bersih dan pilih bahan makanan yang baik, segar untuk mencuci dan memasak.

 *Sekadar Hiasan*

Sekian, Yana harap tip yang Yana kongsi bersama semua berupaya membantu mencegah Hepatitis A terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Mencegah lebih Baik dari mengubati..KBYE..! 

Sedapnya Sushi

Allow...


Hari nie, Yana akan bawakan kepada anda resipi suhsi.. Chewahh.. Lagak Chef nampak.. Hahahha... Nak buat sushi nie senang sebenarnya.. Tapi, kalau dah malas, itulah yang payahnyer.. Yana lebih suka makan kat kedai dari buat sendiri..! Nak Cari bahan lagi. Kalau dapat adik bertuah lagi susah,belum siap dia dah makan dah..huhu...Orite, antara bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat sushi ini ialah:

Sushi Telur Mayones





Bahan-bahan : 
Nasi sushi
3 biji telur
1 sudu mayones
1 batang cili merah (dicincang)
Garam
Lada sulah
Kepingan seaweed

Cara membuat : 

  1. Hancurkan telur menggunakan garpu.
  2. Campurkan mayones, cili merah yang dicincang, garam dan lada sulah secukup rasa.
  3. Goreng dan jadikan telur dadar.
  4. Kemudian, potong telur dadar secara kepingan.
  5. Ambil sedikit nasi sushi dan kepalkan sebesar ibu jari, membentuk panjang.
  6. Letakkan kepingan telur dadar diatasnya dan balutkan kepingan seaweed.
  7. Hidangkan bersama wasabi dan sos soya cari.


Maki Sushi Ikan Tempura & Zucchini



Bahan-bahan :
Nasi sushi
1 batang zucchini
Seketul isi ikan merah (dihiris nipis)
2 sudu tepung tempura
2 sudu air
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat : 
  1. Zucchini dikupas dan dipotong kecil memanjang. Buangkan empulurnya.
  2. Bancuh tepung tempura bersama air.
  3. Isi ikan dihiris nipis lalu dicelup ke dalam tepung tempura dan digoreng garing.
  4. Sediakan tikar sushi, ambil sekeping seaweed, ratakan sesenduk nasi sushi di atasnya secara nipis.
  5. Letakkan dua keping ikan tempura dan sebatang zucchini di atas nasi.
  6. Gulungkan kemas dan potong kecil. Hidangkan bersama wasabi dan sos soya cair.


 Tikar Sushi + Seaweed



Lapar Pulak sy Tatap lama3 gambar sushi nieh.. huhu..Kbye..! 



Wednesday, 28 March 2012

5 Gaya perlu Diubah bila Usia Meningkat

Allow..


Jika usia remaja bebas bereksperimen dengan pelbagai gaya dan busana namun tatkala usia semakin meningkat ke usia 30, anda perlu memikirkan fesyen yang sesuai jika tidak mahu diketawakan dek penampilan tersebut. Jadi, Kali ini Yana nak berbicara mengenai perkara tersebut selepas melihat beberapa orang kakak kakak-kakak yang tidak menitikberatkan perkara ini bila dah meningkat usianya. Jahatnya saya..!! Hahha.. Sayang pulak bila zaman muda bila kelihatan seperti ibu yang sudah ada 5 orang anak, padahal usianya masih muda.. Hukhuk..!!

Tukar Kaca Mata

  • Jika anda masih mengenakan kaca mata tebal sebaiknya gantikan sahaja. Ia akan membuatkan anda kelihatan lebih tua. Oleh itu, gantikan dengan yang lebih sesuai dengan usia anda. Kaca mata dengan model baru akan membuat anda tampak lebih muda dan tentunya lebih bergaya..

Potongan Rambut Bahagian Depan. 

  • Sesuatu yang ringkas seperti potongan rambut bahagian depan akan membuatkan seseorang itu tampil berbeza. Potongan ini mampu memberi wajah lebih segar dan muda, selain membuat orang lebih fokus kepada mata kita. Justeru, pilihlah potongan rambut bahagian depan yang mampu menyebabkan anda kelihatan lebih muda dan awet muda senantiasa.

Pilihan Seluar Jean

  • Jean yang tepat akan membuat penampilan kelihatan lebih ceria dan santai. Pilihan model seluat jean yang lebih bergaya dengan usia membuatkan penampilan lebih menarik. Seluar jean jenis denim berwarna gelap dengan potongan boot, akan membuat anda tampil menarik.

Mengenakan Inner

  • Shapewear atau inner ala-ala korset akan membuatkan anda kelihatan lebih langsing dan ramping. Namun, jangan memilih yang terlalu ketat sehingga sukar untuk anda bergerak mahupun bernafas. Sebaiknya, pilih yang sesuai dan selesa tatkala dikenakan pada tubuh anda.

Pilihan Warna Pakaian

  • Warna kontra dalam gaya berpakaian akan membuat seseorang kelihatan menyerlah atau menarik perhatian sekeliling. Warna merah jambu memberi kesan lembut atau fenimin. Bagi kelihatan lebih langsing, kenakan busana dengan warna yang sama. Pilihan busana dengan warna cerah atau terang akan membuatkan wajah lebih menonjol.
  • Sekiranya, ingin memberi kesan minima pada bahagian tubuh, pilihlah warna gelap pada bahagian atas dan warna terang untuk bawah. 
 Kacak x nya..? Yana Minatnya dari kecik gik.. Huhuhu... *sekadar Hiasan*

Wahai wanita,  Sayangilah Diri Anda..!! Kbye..! 

Sunday, 25 March 2012

Syoknyer Bila Makan Aiskrim

Syoknyer..! Yummyy... 



Wow, Chumel x Aiskrim Yana..?? Rasa sayang pulak nak makan kann...?? heheh... Kalau Makan Aiskrim cuaca panas begini Nang Antap..!! Tapi kalau batuk, mesti mak Yana tak bagi Yana makan Aiskrim.. Kalau mak Yana tak bagi makan, Yana apa lagi, Curi3 makan ler.. hahahha.. Tererr sik Yana..?? My Sweet Jojo, My Nephew, padah Aiskrim as Lepop.. hahaha... 'Inek, Meli Lepop " padah nya ngan mak Yana..

Okeylah, Kali ini Yana nak kongsikan bersama mengenai kebaikan dan keburukan ais krim.. Bukan apa, hari ini, dalam kepala Yana, Yana asyik fikirkan aiskrim jer... kenapa erkk...??? 

Kebaikan Aiskrim : 
  1. Aiskrim yang sejuk boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan.
  2. Kalsium dalam aiskrim ada banyak kelebihannya.
  3. Tindakan mengunyah aiskrim bagi kanak-kanak akan menguatkan gigi mereka.
  4. Zat yang terkandung dalam aiskrim berupaya memulihkan pesakit insomnia.

Keburukan Aiskrim : 
  1.  Boleh mengakibatkan kerosakan gigi jika makan dalam kuantiti yang banyak.
  2. Gigi akan berasa nyilu atau sensitif kerana suhu aiskrim terlalu sejuk.
  3. Aiskrim mengandungi kandungan gula yang tinggi boleh memudaratkan kesihatan.
  4. Membazir duit jer beli aiskrim memahal.. haahhaha..... 
Info Tambahan sebagai pengetahuan.. 

  • Masa Batuk Bukan x Boleh makan Aiskrim, cuma xdigalakkan sebab, perubahan suhu yang mendadak akan berlaku dalam badan apabila kita makan aiskrim semasa batuk.. info ini Yana pernah baca dalam buku.. lebih kurang begitulah isinyer.. hahaha... Jadi, dalam erti kata lagi, kalau batuk, kita masih boleh makan aiskrim..!! yesss...!! 

The End..!! But Never Ending..! hahaha... Masih ada lagi..


Taaadddaaaa...!! Mari kita cuci mata jap..!! *---*



 Sedap x..?? Terliur Sudah..?? Hahahha..... 

Aiskrim Potong kacang merah.. Yana Suka..!! Yummyy..

Tuesday, 20 March 2012

Farewell Love









Years have passed,
But we are still in the different path,
Neither faith no love
We are Completely against each other,
You and I, destiny always declined

Why are you being like this?
Until the very end,
You keep pushing me back,


Away from your heart,
I've learn for a long time,

The words " I Love You",
Can't pierce into your heart,
Instead, hateful lies have been thrown back to me,
Thus, my heart is wounded all over again,
And turn into Scars of pain and misery,




Rejected and died,
Came back to life,
And made in though the day,
How long will you keep me astray,
Though my is strong, still it will his tears of pain,

This farewell is a sign of separation, 
For you and I, and our memories,
Though the past still suffocates me,
I just came to realize,
That I need a second breathe,
To forget you move towards the future,
Just so you know, this will never be the last farewell.



  •  Its Just For Fun.. Not More than That.. Thanks Cause Reading..   

Monday, 19 March 2012

Mama & Manik-Maniknya

Ilham kali ini Yana dapat dari Mama Yana.. sebab apa..?? Ntahlah.. Yana pun xtahu.. hahahha. tak tanya pun ... heheheh...

Jeng..Jeng...Jeng...!! My Little sister, Cammy & Christina



Kali ini Yana nak mempekenalkan salah satu kraftangan yang sinonim dalam kalangan masyarakat Sarawak.  Masyarakat Iban di Sarawak terkenal dengan barangan kraf tangan terutamanya berasaskan bahan semula jadi seperi rotan, buluh, kayu, dan sebagainya. Biasanya kraftangan ini terdapat di kedai Kraftangan. Tapi, hari ini Yana akan tunjukkan salah satu kraftangan yang diperbuat daripada manik oleh Mama Yana sendiri.  Biasanya mama Yana akan pilih manik yang berkualiti tinggi. Kononyer..  Katanya lebih berbaloi dan berpuas hati dengan hasilnya.... hehehe... 

"Ngepan" ini kepunyaan adik perempuan Yana.Dalam kalangan Masyarakat Iban, ia dikenali sebagai "ngepan Iban". Digunakan oleh gadis atau wanita dalam sesuatu aktiviti seperti menyambut tetamu atau semasa majlis perkahwinan masyarakat Iban tradisional. 
Yang nie, adik Yana punya.. tengok tu, bola-bola orennya belum siap lagi, dah terhegeh3 nak pakai.. nak testing kononyer.. hahah... tak lawa pun.. hahaha... 



Kraftangan ini pula dikenali sebagai "necktie" dalam kalangan masyarakat iban. Ia dipakai oleh kaum lelaki. Yang ini kepunyaan Abah Yana.. hehehe... 

Boleh juga dijadikan perhiasan di rumah. 

Yang ini pula, mama kata namanya "Lupong". Fungsinya ialah untuk menyimpan barangan kecil. Biasanya akan digunakan semasa majlis perkahwinan tradisional. Tapi Yana pakai untuk simpan kunci.. hahaha... "Lupong" juga terkenal dalam kalangan Kaum Kenyah yang majoriti terdapat di Belaga Sarawak. 


 Lain-lain coraknyer.. hehehe.. ikut suka la nak patten yg mcm mana.. Nak warna lain pun boleh juga..


Orite, sampai disini saja untuk kali ini.. Memandangkan Yana Belum mandi lagi, jadi Yana Nak mandi.. sejuk dah Yana nie... ehehhehe... Buhcuk3.... :P

KBye..



Makeup Is My Perfection




Gelisah kerana sukar untuk memilih barangan Makeup..??? Di sini Yana kongsikan beberapa tips yang Yana sering gunakan semasa menggunakan make-up.. Yana ni jenis yang gilakan bahan make-up.. Sampaikan mak Yana sendiri tumpang sekaki gunakan make-up Yana.. Katanya, mustahil kalau anak mak nie tak chantek kalau dah byk begini barangan make-up nya..Tapi kalau memang dah xpat nak cover gunakan make-up, Yana pun tak dapat nak Tolong... Hehehe...

Melalut pulak Yana nieh, Okeyhlah, bebalik kepada topik hati ini, Yana kongsikan tips untuk gadis-gadis yang baru berjinak-jinak dalam dunia make-up..

Tips Oh Tips

Gincu / Lipstick




Sebelum memilih gincu atau Lipstick yang sesuai, fahami warna kulit anda dahulu.  Warna merah jambu menyerlah dengan kompleksi yang cerah atau sesuai untuk kulit cerah.  Manakala,warna karamel tampak memukau bagi yang berkulit sederhana dan gelap.

Cipta warna gincu kegemaran anda dengan mempadukan dua warna pengilat bibir di belakang tapak tangan atau terus ke bibir anda.

Sapukan pelembap bibir untuk kesan yang lebih menyerlah selepas menggunakan gincu.

Maskara 




Cara paling mudah agar kelihatan menyerlah dan kekal segar untuk parti malam hari adalah dengan menyapu maskara semula dan menyembur haruman setiap 3-4jam.

Kening / Eyebrows



Untuk kening tampak semulajadi, gunakan kombinasi pensil kening dan pembayang mata semulajadi. Sapukan dengan berus tipis ke kening.

Pembayang Mata / Eyeshadow

Bergembiralah ketika bersolek.  Pilih warna yang menggambarkan mood anda pada hari tersebut.  Merah jambu menggambarkan kenakalan. Biru adalah berani.  Warna alam menyatakan anda benar-benar serius dan seterusnya.

Garis Mata / Eyeliner



Sapukan garis lebih gelap dalam sudut mata akan menjadikan mata lebih menyerlah.  Sapukan pembayang "plum & lilac" untuk mengimbangkannya

Foundation



Bedak asas mineral boleh juga digunakan sebagai "Concealer" cela.  Sapukan sedikit pada cela anda dan ratakan selebihnya.

Pemerah Pipi / Blush



Untuk mengetahui warna pemerah pipi anda, selepas bersenam, cuba lihat pipi anda. Itulah warna semulajadi anda.

Sekian Untuk Kali Ini... Gunakanlah Tip-tips untuk tampak lebih berkeyakinan.  Well, Orang Kata, Sharing Is Caring..