Wednesday, 18 April 2012

Tip Jaga Rambut Rebonding

Allow...
Kali ini Yana kongsikan tip untuk jaga rambut rebonding. Yana dapat info ini pun dari Abg Encem, Mr.Thomas yang buat rambut Yana.. hehehehe...
  • Elakkan daripada mengikat rambut atau menyelitkan rambut ke telinga atau menyepit rambut selepas melakukan rebonding. Sekiranya terpaksa, gunakan getah rambut jenis nilon.
  • Gunakan sampu dan perapi yang telah dikhaskan untuk rambut re-bonding. (Yana pakai DOVE..hehe)
Syampoo nie, Yana pakai sekali dengan Perapi.

  • Jangan gunakan sebarang minyak rambut untuk melembutkan dan menyinarkan rambut kerana kesan dari minyak rambut itu akan membuatkan rambut beralun semula. Oleh itu, gunakan minyak rambut yang disyorkan oleh pakar rambut. 
 Hair Repair serum nie, Abg Thomas yang bagi.. Free tau.. hehe.. Katanya, sebab rambut aku banyak baby hair.
  • Buat rawatan steam di salun setiap dua minggu sekali. ( Yana beli brgan untuk rawatan steam rambut, p, buat kat rumah jer..)
Kbye..

No comments: