Tuesday 10 April 2012

10 Teknik Menjaga Persahabatan

Allow... Selamat Pagi Chenta..!! Huhu...

Kali ini Yana nak kongsikan tips agar persahabatan kita berkekalan. Kadang kala, membina dan menjaga persahabatan agar sentiasa aman memerlukan sikap saling bertolak ansur dan tolong menolong antara satu sama lain. Cheewwaahh.. Yana merapu pulak yer..hahaha...   


From left, me, Sha, Mina, Agnes, Zue.. and yang kat blakang, ntah budak mana..hhahaha...
Yang nie, best friend sy.. huhu..

Ok, berbalik kepada topik kali ini, jadi, antara tekniknya ialah : 



Bersikap Santai
  • Elakkan dpd bertubi-tubi menelefon atau menghantar 'e-mel' hanya kerana mahu bertanyakan hal-hal yang kecil.Sebaiknya, berkomunikasilah secara ringkas. Hanya 5minit berbicara di telefon atau beberpa kalimat e-mel sudah memadai.
Hormatilah Waktu
  • Biarpun kamu ada hal penting untuk dikongsi bersama sahabatmu, namun, jangan sampai menganggu waktu tidurnya. 
Berterus Terang
  • Ada masanya, apabila kamu mempunyai masalah besar menjadikan kamu mudah marah, moody, dan lebih suka bersendirian. Terangkan kepada sahabatmu tentang itu dan jangan buatkan dia tertanya-tanya apa yang berlaku. Belajar untuk berterus terang kerana itu lebih baik daripada dia membuat tanggapan sendiri.
Memahami Pandangan Orang
  • Kamu mungkin ingat sahabat kamu sudah cukup senang dengan sikap kamu tetapi rupanya tidak. Sebaliknya, dia memendam banyak ketidakpuasan hati tentang kamu. Jadi, pastikan kamu memahami apa yang sahabatmu rasakan tentang kamu.
Tidak Perlu Bersaing
  • Jangan biarkan persahabatan berubah menjadi menjadi medan persaingan siapa lebih trendy, siapa lebih kaya atau siapa yang mempunyai kereta besar. Apalah gunanya kamu ada segalanya, tetapi tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan kamu.
Imej yang Bersih
  • Sentiasa pastikan kamu mempunyai imej diri yang realistik dan baik. Andai kamu mahu menegur sekalipun, gunakan cara yang paling baik dan berikan nasihat untuk kebaikannya, bukan menyakitkan hatinya
Terlalu Banyak Merungut
  • Setiap kali bertemu, ada saja yang kamu tidak puas hati. Jangan berterusan merungut kerana itu akan membuatkan persahabatan sangat membosankan.
Terapkan Nilai Murni
  • Sekiranya kamu berharap akan mempunyai sahabat yang baik serta jujur dengan kamu, bergitu juga dengan kamu. 
"Sense of Humor"
  • Janganlah terlalu serius. Sekali sekala apa kata kamu cuba bergurau dan mengusik. Namun, bergurau juga ada hadnya, jangan sampai menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif oleh sabahatmu.
Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Menjadi seorang pendengar yang baik buat sahabat menjadi kunci persahabatan kamu.
 Zaman Sekolah Dahulu Kala..
Jeng, Jeng, Jeng..!! Inilah Best Friend Forever Yana, Her Name Is, Donna..But, we Call her Sha..

K,bye..!

No comments: