Apa itu 8 perkara yang patut kita lakukan sebelum tidur?? Jadi kali ini, Yana nak kongsikan mengenai 8 perkara yang mungkin patut kita lakukan sebelum tidur... Yana dapat info ini, dari Majalah Wanita. Jadi, Yana fikir, xsalah kalau Yana kongsi kat Blog Yana kan..?? hehehe.....
- Tukar Cadar Tidur di atas cadar tilam dan sarung bantal yang kotor akan memberikan kesan terhadap kulit wajah dan kulit belakang anda. Luangka seminggu sekali untuk anda tukarkan cadar anda. ( Yang nie, Yana selalu buat. Kalau cadar yang baru ditukar tu, bau nyer sungguh segar..Yana suka.. aww..! )
- Sediakan Pakaian
Luangkan masa selama 10-15 minit untuk sediakan dan gosok pakaian yang bakal anda gunakan pada keesokkan harinya. ( Biasanya Yana akan gosok baju sekolah dulu sebelum tidur. Takut esok xsempat nak gosok. Tapi sekarang, mana ada, zaman sekolah dah habeessss..! hahaha..) - Bercukur
Ini perlu bagi anda yang alah pada kesan cukuran. Kesan merah di bahagian muka akan hilang dalam 8 jam selepas bercukur. ( Yana xpernah buat pun..! Kalau buat pun, nak cukur apa..?? hahaha..) - Bersenam
Lakukan sedikit senaman ringkas untuk mengekalkan badan yang sihat dan keselesaan sebelum tidur. Hasilnya, anda akan lebih bertenaga apabila bangun pada keesokkan harinya. ( Yana xbuat pun.. Hahha..) - "Floss" Sekadar menggosok gigi tidak memadai. Pada usia anda yang semakin matang, membersihkan gigi menggunakan flos menjadi satu kemestian untuk memberikan kebersihan pada gigi. ( Yana gosok gigi jer, Gunalah Ubat Gigi Darlie.. hehehe...)
- Putuskan Talian
Satu hingga ke dua jam sebelum tidur, Yana sarankan agar anda memutuskan segala talian sama ada internet dan sebagainya. Matikan "laptop" Ipad, dan televisyen serta "Silent Mode" bagi hp anda kerana tenaga yang dipancarkan daripada alat eletronik ini akan menggangu putaran tidur anda. ( Biasanya Yana suka sms dengan abg Yana before tidur .. Hahaha...) - Tukar Rutin
Sekiranya rutin anda sebelum tidur, minum secawan teh, apa kata anda tukarkan rutin anda dengan minum segelas air suam atau air sejuk sebelum tidur agar kulit sentiasa segar. ( Tapi, Yana suka minum kopi sebelum tidur. hehehe..) - Bersihkan Wajah
Seeloknya bersihkan wajah menggunakan pencuci muka yang mempunyai daya kelembapan kulit yang tinggi. Minyak dan kotoran halus yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyebabkan pori-pori muka tersumbat dan tumbuhnya jerawat. ( Oh, tidak..! Yana xsuka tengok jerawat kat muka Yana. Jadi, Yana gunakan Clean & Clear sebab muka Yana suka sangat berminyak.. Hehehe.. Promosi jap. )
No comments:
Post a Comment