Tuesday, 24 April 2012

7 Wonderful Water Fall

Allow...
Waterfall..?? I so excited when i heard about waterfall.. What I can, waterfall is one of the interested place in the world that people wanna go every time they have.. Here, there are view of beautiful waterfall that i ever see even i never go to that place.. hahaha... haiyah.. what a broken English today.. Something wrong with me..




SEVEN SISTERS Waterfall

MCWAY Waterfall  
ALA-MERE Waterfall, California  

KILT ROCK Waterfall, Scotland  
 JEONGBANG Waterfall
DUDEN Waterfalls
  • SOUND MILFORD Waterfall
P/s: I took The Pic from Uncle Google.. hehehe.. btw, So beautiful right.. Aww..!!

Thursday, 19 April 2012

Kelemahan SUPERBIKE

Allow...
Hahaha.. Kelemahan SUPERBIKE.. Apa itu SUPERBIKE..? Ntahla.. Yana pun xtahu apa itu SUPERBIKE.. Yang Yana tahu, SUPERBIKE ialah motorsikal jenis yang besar, bukan yg mat rempit selalu guna untuk merempit kat tengah jalan.. Biasanya SUPERBIKE akan dilihat, di litar lumba..Idea nie, Yana cedok dari buku Sepupu Yana, lepas tu, Yana tambah sendiri.. hehehe.... Dia tu, giler motor.. hehehe.. ish3.. hantam saja la labu.. hahaha..



  1. Tak Boleh Bawa Orang Ramai.
    -Nak pergi berkelah dengan ahli keluarga? xpayah, melainkan korang ada pintu sesukati hati macam Doremon.
  2. Alat Ganti Mahal.
    -Sekali rosak, lapan belas kali korang garu kepala memikirkan duit yang kena dikeluarkan. Itu baru rosak, kalau eksiden.?? Korang jawab sendiri le..
  3. Tetap Kena Ikut Had Laju.
    -Walaupun motor Superbike korang tu laju, tetapi korang kena ikut peraturan had laju yang telah ditetapkan. Kalau nak diberi "love letter" oleh abg polis trafik bole le cuba buat.. hahaha
  4. Tetap Kena Hujan.
    -Korang rasa korang berada di tangga teratas dalam arena motosikal tetapi tahap korang tu akan jatuh sama macam motor kapcai bila hujan dan terpaksa berteduh bawah jambatan.. Nah, ambek ko..nak sangat.. hahaha...
  5. Tak Mampu Mencelah Tempat Sempit.-Mat-mat rempit tegar berpeluang mentertawakan korang bila tersangkut di kawasan jalan sesak. Dengan selambanya diorang mencelah di sebelah korang sambil minum coke. Padan muka korang.. haha..

Wednesday, 18 April 2012

Tip Jaga Rambut Rebonding

Allow...
Kali ini Yana kongsikan tip untuk jaga rambut rebonding. Yana dapat info ini pun dari Abg Encem, Mr.Thomas yang buat rambut Yana.. hehehehe...
  • Elakkan daripada mengikat rambut atau menyelitkan rambut ke telinga atau menyepit rambut selepas melakukan rebonding. Sekiranya terpaksa, gunakan getah rambut jenis nilon.
  • Gunakan sampu dan perapi yang telah dikhaskan untuk rambut re-bonding. (Yana pakai DOVE..hehe)
Syampoo nie, Yana pakai sekali dengan Perapi.

  • Jangan gunakan sebarang minyak rambut untuk melembutkan dan menyinarkan rambut kerana kesan dari minyak rambut itu akan membuatkan rambut beralun semula. Oleh itu, gunakan minyak rambut yang disyorkan oleh pakar rambut. 
 Hair Repair serum nie, Abg Thomas yang bagi.. Free tau.. hehe.. Katanya, sebab rambut aku banyak baby hair.
  • Buat rawatan steam di salun setiap dua minggu sekali. ( Yana beli brgan untuk rawatan steam rambut, p, buat kat rumah jer..)
Kbye..

Tip Saat Bertemu Kali Pertama

Allow..
Lama dah Yana x updates kan.. Terasa malas pun nak updates kalau dah xda idea.. idea dah kering.. hoho.. Dalam entri kali ini, Yana nak kongsikan mengenai tip pertama kali bertemu dengan si jantung hati, intan payung..opss..telebih sudah.. hahaha... Yana dengan Mr.Cool dulu biasa3 jer... siap bawa bodyguard lagi.. hehehe.....Dulu.. 2year ago ma..


Bagi Yana, pertemuan adalah detik penting sebelum menjalinkan hubungan yang lebih rapat. Tapi, saat pertemuan ini ada juga yang melakukan kesilapan sehingga menjejaskan peluang untuk bertemu buat kali yang kedua. Jadi, Yana akan kongsikan beberapa tip yang patut dan yang tak patut anda lakukan bila bertemu dengan si dia.


Anda Haruslah...

  1. Topik Menarik
  2. Kata-kata Pujian
  3. Kreatif
  4. Jujur
  5. Minta Pandangan.
Jangan Sesekali Melakukan ini..!!!
  1. Bercerita tentang EX/Membandingkan si dia dengan Ex 
  2. Jawab panggilan yang tak penting
  3. Ceritakan Kisah Silam yang Buruk
  4. Ajak Kahwin
  5. MENGONGKONG
Hehehe..sharing is Caring..Sekian, KBYE...

Tuesday, 10 April 2012

Tetap Sihat Walaupun Bekerja

Allow.. 
Topik kali ini tiada kaitan dengan Yana, sebab Yana belum kerja lagi.. huhu.. Rezeki belum datanglah tu..Sabar je lah...Yana masih jadi Tauke Anggur..!Hahah.. 

Kesibukan bekerja yang melampau akan membuatkan seseorang itu tidak dapat berfikir secara tenang, sehingga menyebabkan kesihatan terganggu. Walau bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan cara berikut : 


  1. Bawa bekal sendiri dari rumah akan menghalang kamu makan makanan yang tinggi kalori. 
  2. Minum lebih air putih ketika bekerja.
  3. Sesekali beranjaklah dari tempat duduk dan cuba ambil angin luar atau berbual dengan teman sepejabat.
  4. Gunakan tangga dan elakkan penggunaan lif.
  5. Saat berada di hadapan komputer, duduk tegak dan lakukan pergerakan ringan seperti regangan tangan, leher, kaki dan otot-otot lain.
Well, everyone says, Sharing is Caring.. K, Bye..!!

10 Teknik Menjaga Persahabatan

Allow... Selamat Pagi Chenta..!! Huhu...

Kali ini Yana nak kongsikan tips agar persahabatan kita berkekalan. Kadang kala, membina dan menjaga persahabatan agar sentiasa aman memerlukan sikap saling bertolak ansur dan tolong menolong antara satu sama lain. Cheewwaahh.. Yana merapu pulak yer..hahaha...   


From left, me, Sha, Mina, Agnes, Zue.. and yang kat blakang, ntah budak mana..hhahaha...
Yang nie, best friend sy.. huhu..

Ok, berbalik kepada topik kali ini, jadi, antara tekniknya ialah : 



Bersikap Santai
  • Elakkan dpd bertubi-tubi menelefon atau menghantar 'e-mel' hanya kerana mahu bertanyakan hal-hal yang kecil.Sebaiknya, berkomunikasilah secara ringkas. Hanya 5minit berbicara di telefon atau beberpa kalimat e-mel sudah memadai.
Hormatilah Waktu
  • Biarpun kamu ada hal penting untuk dikongsi bersama sahabatmu, namun, jangan sampai menganggu waktu tidurnya. 
Berterus Terang
  • Ada masanya, apabila kamu mempunyai masalah besar menjadikan kamu mudah marah, moody, dan lebih suka bersendirian. Terangkan kepada sahabatmu tentang itu dan jangan buatkan dia tertanya-tanya apa yang berlaku. Belajar untuk berterus terang kerana itu lebih baik daripada dia membuat tanggapan sendiri.
Memahami Pandangan Orang
  • Kamu mungkin ingat sahabat kamu sudah cukup senang dengan sikap kamu tetapi rupanya tidak. Sebaliknya, dia memendam banyak ketidakpuasan hati tentang kamu. Jadi, pastikan kamu memahami apa yang sahabatmu rasakan tentang kamu.
Tidak Perlu Bersaing
  • Jangan biarkan persahabatan berubah menjadi menjadi medan persaingan siapa lebih trendy, siapa lebih kaya atau siapa yang mempunyai kereta besar. Apalah gunanya kamu ada segalanya, tetapi tiada sesiapa yang mahu berkawan dengan kamu.
Imej yang Bersih
  • Sentiasa pastikan kamu mempunyai imej diri yang realistik dan baik. Andai kamu mahu menegur sekalipun, gunakan cara yang paling baik dan berikan nasihat untuk kebaikannya, bukan menyakitkan hatinya
Terlalu Banyak Merungut
  • Setiap kali bertemu, ada saja yang kamu tidak puas hati. Jangan berterusan merungut kerana itu akan membuatkan persahabatan sangat membosankan.
Terapkan Nilai Murni
  • Sekiranya kamu berharap akan mempunyai sahabat yang baik serta jujur dengan kamu, bergitu juga dengan kamu. 
"Sense of Humor"
  • Janganlah terlalu serius. Sekali sekala apa kata kamu cuba bergurau dan mengusik. Namun, bergurau juga ada hadnya, jangan sampai menyentuh hal-hal yang dianggap sensitif oleh sabahatmu.
Menjadi Pendengar Yang Baik
  • Menjadi seorang pendengar yang baik buat sahabat menjadi kunci persahabatan kamu.
 Zaman Sekolah Dahulu Kala..
Jeng, Jeng, Jeng..!! Inilah Best Friend Forever Yana, Her Name Is, Donna..But, we Call her Sha..

K,bye..!

Tuesday, 3 April 2012

Lakukan 8 Perkara Sebelum Tidur

Allow..
Apa itu 8 perkara yang patut kita lakukan sebelum tidur?? Jadi kali ini, Yana nak kongsikan mengenai 8 perkara yang mungkin patut kita lakukan sebelum tidur... Yana dapat info ini, dari Majalah Wanita. Jadi, Yana fikir, xsalah kalau Yana kongsi kat Blog Yana kan..?? hehehe.....



  1. Tukar Cadar   Tidur di atas cadar tilam dan sarung bantal yang kotor akan memberikan kesan terhadap kulit wajah dan kulit belakang anda. Luangka seminggu sekali untuk anda tukarkan cadar anda. ( Yang nie, Yana selalu buat. Kalau cadar yang baru ditukar tu, bau nyer sungguh segar..Yana suka.. aww..! )
  2. Sediakan Pakaian
    Luangkan masa selama 10-15 minit untuk sediakan dan gosok pakaian yang bakal anda gunakan pada keesokkan harinya. ( Biasanya Yana akan gosok baju sekolah dulu sebelum tidur. Takut esok xsempat nak gosok. Tapi sekarang, mana ada, zaman sekolah dah habeessss..! hahaha..)
  3. Bercukur
    Ini perlu bagi anda yang alah pada kesan cukuran. Kesan merah di bahagian muka akan hilang dalam 8 jam selepas bercukur. ( Yana xpernah buat pun..! Kalau buat pun, nak cukur apa..??  hahaha..)
  4. Bersenam
    Lakukan sedikit senaman ringkas untuk mengekalkan badan yang sihat dan keselesaan sebelum tidur. Hasilnya, anda akan lebih bertenaga apabila bangun pada keesokkan harinya. ( Yana xbuat pun.. Hahha..)
  5. "Floss" Sekadar menggosok gigi tidak memadai. Pada usia anda yang semakin matang, membersihkan gigi menggunakan flos menjadi satu kemestian untuk memberikan kebersihan pada gigi. ( Yana gosok gigi jer, Gunalah Ubat Gigi Darlie.. hehehe...)
  6. Putuskan Talian
    Satu hingga ke dua jam sebelum tidur, Yana sarankan agar anda memutuskan segala talian sama ada internet dan sebagainya. Matikan "laptop" Ipad, dan televisyen serta "Silent Mode" bagi hp anda kerana tenaga yang dipancarkan daripada alat eletronik ini akan menggangu putaran tidur anda. ( Biasanya Yana suka sms dengan abg Yana before tidur .. Hahaha...)
  7. Tukar Rutin
    Sekiranya rutin anda sebelum tidur, minum secawan teh, apa kata anda tukarkan rutin anda dengan minum segelas air suam atau air sejuk sebelum tidur agar kulit sentiasa segar. ( Tapi, Yana suka minum kopi sebelum tidur. hehehe..)
  8. Bersihkan Wajah
    Seeloknya bersihkan wajah menggunakan pencuci muka yang mempunyai daya kelembapan kulit yang tinggi. Minyak dan kotoran halus yang tidak dibersihkan sebelum tidur akan menyebabkan pori-pori muka tersumbat dan tumbuhnya jerawat. ( Oh, tidak..! Yana xsuka tengok jerawat kat muka Yana. Jadi, Yana gunakan Clean & Clear sebab muka Yana suka sangat berminyak.. Hehehe.. Promosi jap. )

Kelebihan Susu Ibu

Allow... 

Kali ini Yana nak berkongsi mengenai kelebihan susu ibu. Tahun 2011, cikgu Thayalan ( Guru Pengajian Am ), idol saya menjangkakan bahawa soalan essei yang akan keluar dalam STPM/2011 ialah Kelebihan susu ibu. Namun, nasib tidak menyebelahi calon tahun lepas. Mungkin tahun ini, sapa tahu, sebab Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu, kann..?? apa3 pun, Good Luck for STPM 2012 candidates.. 

Tugas pertama seorang ibu selepas bersalin ialah menyusukan anak. Baik dengan susu badan atau susu tepung. Namun, susu ibu banyak kelebihannya, antaranya ialah.....
 
Ignore my face.. heheh.. My Hero, Jojo.. He so cute, right..?? my niece.

  1.  Makanan terbaik kepada bayi.
  2. Membantu daripada pencegahan penyakit
  3. Perancangan keluarga secara semula jadi
  4. Bersih dan mudah diberi
  5. Tak perlu dipanaskan atau dibancuh dan segera boleh menyusukan anak bila perlu
  6. Diet semula jadi kepada si ibu dan bayi
  7. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi
  8. Dapat mencegah anak dari masalah kembung perut dan proses penumbuhan gigi dengan sempurna
  9. Dapat mencegah pergaduhan antara suami isteri kerana isu giliran menyediakan susu.. ( hahaha..)
  10. Boleh tumpang susukan anak kepada orang lain kerana susu ibu semuanya sama perisa.. (hahaha)
* fakta 9 & 10 just auta jer.. hahaha...!