Wednesday, 30 May 2012

Shoes Can Reveal A Girl's Personality

Hye Guys..

Show Me Your Shoes and I’ll Tell You Who You Are

Shoe selection tells more about a girl than you could ever imagine. Just look at her shoes and you’ll know whether she’s a classic, sexy vamp or an idler. Here are some ways to see through their cover. Come and see.

  1. Flat sandals with a belt around the ankle.
    *If she loves this kind of shoes it means that she will rather choose comfort over suffering for sexy modern shoes with high heel and platform. That’s what she likes in real life – comfort.
  2. Sandals with low heel
    *She is more a slave to a certain style than sex appeal. She will rather follow trends than wear something that seems sexy to her, because for her it would be too conventional.
  3.  Multi color sandals with platform
    *This type of shoes is worn by girls who have free spirit. They are social and most likely have an equal number of male and female friends.
  4.  Flat shoes
    *Those girls are like those from the school books. They want their schedule, life style, company and clothes to be stylish.
  5.  Sandals with T belts
    *She is a real sexy type. No one can beat her in flirting and they are always in a center of attention. She definitely knows how to get what she wants.
  6. Sandals with two belts
    *She’s an ideal best friend! She’s so sweet, loves to give wise advices and probably adores children. Choosing gift for others is most likely her favorite hobby
  7. Shoes with wooden platforms
    *
    Whenever she’s in some kind of dilemma she’s sure that logics can solve it all. Mathematics is her strong point.

p/s:Hahaha.. See, which girl you are..??? I love to Wear All Of This Kind Of Shoes Based On My Activity. Hehehe.. KBYE..!


Tuesday, 29 May 2012

Rambut Perm

Allow.. 
Rambut Perm atau kerinting juga merupakan trend pada masa ini. Ramai remaja mahupun wanita sukakan rambut mereka yang kerinting. Tapi, Yana tetap maintain dengan rambut panjang dan lurus.. ehehe.. Apabila musim perayaan, pasti ramai yang akan menjadikan rambut mereka kepada sesuatu yang baru. 


Baiklah, kali ini Yana ingin memberikan tip menjaga rambut perm atau kerinting.  

  • Gunakan syampu yang telah dikhaskan untuk rambut perm. 
  • Jangan lupa mengaplikasikan perapi yang juga dikhaskan pada rambut tersebut.
  • Pastikan rambut sentiasa disapukan leave-in conditioner bagi mengelakkannya daripada kering.
  • Semasa rambut masih lembap, sapukan foam mousse dengan menggunakan scrunch.
Foam Mousse
  • Di kala menyikat, pastikan anda tidak menggunakan sikat biasa bagi mengelakkannya daripada rosak.
  • Gunakan fuses untuk mengekalkan rambut yang telah di perm tersebut. 

Hair Perm



Monday, 28 May 2012

Selamat Hari Gawai 2012

Allow..
Heehee.. Berhabuk sudah.. Lama dah Yana xupdates.. Malas sangat.. yalah, kalau dah malas, inilah akibatnya.. hahaha... Entri kali ini Yana nak berceita mengenai Hari Gawai. Yelah kan, Yana semangat giler nak Bergawai nie.. Nak Balik Kampung. Kalau dah kat Kampung, mana ada connection, xpat on9.. jauh lagi nak updates entri.. hahahaha..

Sambutan Hari Gawai akan disambut oleh golongan bangsa Dayak di Sarawak khususnya pada 1 & 2 Jun.. Kalau di Sabah, Pesta Keamatan atau dikenali juga sebagai Tadau Keamatan yang akan disambut pada 31 Mei. Walau bagaimanapun, sambutan hari Gawai hanya akan disambut oleh bangsa Dayak seperti Iban, Kenyah, Kayan, Orang Ulu, dan Bidayuh ( setakat yang Yana Tahu). Biasanya perayaan ini disambut bagi menandakan bahawa musim menuai padi telah tamat. bergitu juga dengan masyarakat di Sabah, Pesta Keamatan akan diadakan selepas tamatnya musim menuai padi.

Hahaha..! Kak Limah Balik Sarawak, Nak celebrate Gawai yer.. *Sekadar Gambar Hiasan*


Menjadi Norma masyarakat di Malaysia, pada musim perayaan sudah pasti akan pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut hari yang bermakna bersama keluarga, sanak saudara dan rakan di kampung. Namun, seperti tahun-tahun yang lalu, Yana sekeluarga merupakan orang yang terakhir meninggalkan kawasan perumahan. Hahaha..Kesian.. Tapi xkisahlah kalau balik lambat pun. 2jam je jarak masa untuk sampai ke rumah Yana di kampung. Opss.. Bukan rumah Yana, tapi rumah Mak di kampung.. ehehe..

Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku sesuatu peristiwa seperti kematian ahli keluarga yang terdekat, perayaan gawai tidak akan disambut. Jika disambut, tidaklah semeriah manapun. Sekiranya menyambut perayaan gawai selepas kematian ahli keluarga tertentu, tetamu akan dihidangkan dengan makanan, minuman, dan berbual-bual sahaja. Hal ini kerana, ahli keluarga si mati masih merasakan kesedihan setelah pemergian insan yang tesayang, Secara logik, masakan boleh bergembira jika ada orang mati. Keadaan ini menimpa jiran depan rumah Yana. Terkilan Yana semasa mendengar bahawa senior Yana zaman Yana sekolah telah meninggalkan keluarganya buat selamanya. Dengar khabar dia telah mati dibunuh, berdasarkan keadaannya semasa mati, sebab nak kata mati kemalangan, keretanya masih elok seperti sedia kala, cuma mayatnya diletakan di bawah kereta semasa ditemui. Yang paling menyedihkan, Abah Yana ada melihatnya petang hari kejadian di depan rumah. Apa pun, REST IN PEACE, Senior Dominic. Plus, Yana dulu pernah Crush On Him.. Hehehhe...

p/s:Huhuhu.. Sedih pulak Yana.. Hermmm. Yana ucapkan selamat menyambut hari Gawai, Selamat Bercuti Buat yang Bercuti, Selamat pengantin Baru Buat Sesiapa yang bakal menamatkan zaman Bujang..dan Selamat mencari Buah Hati buat Yana..!! Hahahha..KBYE

Wednesday, 23 May 2012

Makan Makan Makan

Allow...
Entry Kali ini best sikit..sikit jer.. sebab Berkaitan dengan makanan.. hahahha.. Lapar pulak dengar perkataan makanan.. Yang nie, Yana masak sendiri tau.. huhu.. Untuk Dinner a.k.a makan malam keluarga.. hehehe..  Jeng..Jeng..Jeng.. 

Kailan Goreng

Ikan Masak Masam Manis (versi Yana)

Ayam Masak Merah (versi Yana)

Rendang Daging
p/s: Hahaha..Sedap x..?? Yana masak sendiri tau.. Adik Yana kata, kalau mak dan abah balik kampung, mesti lauk pauk kite sedap3.. hahaha.. hakikatnya, xda beza.. mak dan abah ada ker, xda ke, tetap sama.. cuma ikut keadaan jer.. hehehe.. xakan tiap hari nak makan lauk bajet HOT, kannn..?? *tangan menutup muka* :D

Saturday, 19 May 2012

Oh Exam

Allow.. Huhuk..
Hari ini budak3 Yana semuanya menjalani peperiksaan. Dalam Exam pun sempat bermain.. Geram Yana dengan diaorg nie tau... hukhuk.. 

jeng..Jeng..jeng...! 




Muka jer nampak Khusyuk , tapi, sebenarnya main-main.. :D
K.BYE

Friday, 18 May 2012

16 May 2012 Happy Teacher's Day

Allow.. Huhuk..
Selamat Hari Guru, Selamat Ari Pengajar, Happy teacher's Day Buat semua yang bergelar guru.. Guru tadika, guru sekolah menengah, lecture dan tak lupa pada guru di akedemik memandu.. hehehe...

Hari ini, Yana simple jer g mengajar.. Skirt dan blouse jer.. sebab lambat bangun, jadi Yana tak bermakeup.. Natural beauty jer... Hahha.. "selamat Hari guru, Cikgu" itulah ucapan murid3 merangkap junior Yana setibanya Yana di sekolah.. Maklumlah, mengajar kat sekolah sendiri katakan.. hehe.. Ucapan tu berlanjutan sehingga Yana balik.. sejuk juga hati bila dgr.. yang penting Yana wish Happy Teacher's day kat someone special.. heheh... muka dia Innocent jer...sebab tu Yana suka dia.. Suka tengok muka jer.. nama dia, Cikgu Richard..alaa.cikgu interm.. tunggu nak posting jer..harap3 posting kat sekolah nie.. huhu..

Jeng..jeng..Jeng..!! Tarrraaa...!
 Hasil Tangan Budak-budak Tingkatan 2.. 


Janji ikhlas kata Cikgu Arman.. hehhe.. 
Terima kasih untuk semuanya... Yana Hargai.. :)

Monday, 14 May 2012

Syampoo Ku

Fuhhh..!! Alooww... Jap Yer, Yana nak sapu blog Yana jap..banyaknya debu-debu kesibukan.. haha. well, terlampau sibuk semenjak dua menjak ni, Yana jarang buka blog.. Kadang-kadang xbuka ponn.. hoho..

Dalam entri kali ni, Yana nak sentuh mengenai Syampoo.. Syampoo yang biasa-biasa.. Tak kisahlah nama jenamanya.. Jenama xpenting mana pun.. yang penting boleh selesaikan masalah rambut.. Ha, bagi yang mengalami keguguran rambut plus ada masalah kelemumur lagi tu..memang pening kalau cari syampoo.. Ada ler, sumber3 bagi tip a.ka petua nak atasi masalah rambut Yana tu, tapi, xbekesan pada Yana.. Jadi Yana pilih Syampoo DOVE dalam banyak3 syampoo yang pernah Yana gunakan.. Dari yang termahal, hingga yang termurah.. ahahha.. jangan lupa gunakan juga conditioner atau lembap rambut anda.. tQ.. ^__^

 Syampoo DOVE + Conditioner

Wednesday, 2 May 2012

Personaliti Zodiak

Aloww....
Berhabuk sudah Blog Yana.. Lama dah xupdates entri.. Hahaha.. Well, Kali ini, Yana sibuk sangat.. Maklumlah dah kerja kata kan.. Xtanya ponn.. Malunya.. Topik Kali Ini berkaitan dengan Zodiak atau personaliti berdasarkan horoskop anda..

Capricorn
Tengkuk, jadikan kamu sentiasa ikat rambut selalu ek..!


Aquarius
Senyuman yang menawan serta gigi yang tersusun rapi


Pisces
Mata, serlahkannya dengan eyeliner


Aries
Tulang pipi. Jadi, jangan lupa untuk gunakan pemerah pipi, ya!


Taurus
Bibir, pastikan kamu memilih lipstik yang sesuai dengan dirimu.


Gemini
Saat kamu ketawa, jangan over.


Cancer
Kaki, pastikan sentiasa bersih dan pilih kasut yang sesuai.


Leo
Rambut, Pendek atau panjang bukan persoalan yang penting sihat.(Yana Punya..! haha)


Virgo
Lengan, pastikan sentiasa bersenam


Libra
Pinggang, serlahkannya dengan tali pinggang


Scorpio
Kening, rapikan dengan sebaiknya


Sagitarius
Belahan dadamu, serlahkan dengan blaus berleher V, tapi jangan over.

kbye..!