Heehee.. Berhabuk sudah.. Lama dah Yana xupdates.. Malas sangat..
Sambutan Hari Gawai akan disambut oleh golongan bangsa Dayak di Sarawak khususnya pada 1 & 2 Jun.. Kalau di Sabah, Pesta Keamatan atau dikenali juga sebagai Tadau Keamatan yang akan disambut pada 31 Mei. Walau bagaimanapun, sambutan hari Gawai hanya akan disambut oleh bangsa Dayak seperti Iban, Kenyah, Kayan, Orang Ulu, dan Bidayuh ( setakat yang Yana Tahu). Biasanya perayaan ini disambut bagi menandakan bahawa musim menuai padi telah tamat. bergitu juga dengan masyarakat di Sabah, Pesta Keamatan akan diadakan selepas tamatnya musim menuai padi.
Hahaha..! Kak Limah Balik Sarawak, Nak celebrate Gawai yer.. *Sekadar Gambar Hiasan* |
Menjadi Norma masyarakat di Malaysia, pada musim perayaan sudah pasti akan pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut hari yang bermakna bersama keluarga, sanak saudara dan rakan di kampung. Namun, seperti tahun-tahun yang lalu, Yana sekeluarga merupakan orang yang terakhir meninggalkan kawasan perumahan. Hahaha..Kesian.. Tapi xkisahlah kalau balik lambat pun. 2jam je jarak masa untuk sampai ke rumah Yana di kampung. Opss.. Bukan rumah Yana, tapi rumah Mak di kampung.. ehehe..
Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku sesuatu peristiwa seperti kematian ahli keluarga yang terdekat, perayaan gawai tidak akan disambut. Jika disambut, tidaklah semeriah manapun. Sekiranya menyambut perayaan gawai selepas kematian ahli keluarga tertentu, tetamu akan dihidangkan dengan makanan, minuman, dan berbual-bual sahaja. Hal ini kerana, ahli keluarga si mati masih merasakan kesedihan setelah pemergian insan yang tesayang, Secara logik, masakan boleh bergembira jika ada orang mati. Keadaan ini menimpa jiran depan rumah Yana. Terkilan Yana semasa mendengar bahawa senior Yana zaman Yana sekolah telah meninggalkan keluarganya buat selamanya. Dengar khabar dia telah mati dibunuh, berdasarkan keadaannya semasa mati, sebab nak kata mati kemalangan, keretanya masih elok seperti sedia kala, cuma mayatnya diletakan di bawah kereta semasa ditemui. Yang paling menyedihkan, Abah Yana ada melihatnya petang hari kejadian di depan rumah. Apa pun, REST IN PEACE, Senior Dominic. Plus, Yana dulu pernah Crush On Him.. Hehehhe...
p/s:Huhuhu.. Sedih pulak Yana.. Hermmm. Yana ucapkan selamat menyambut hari Gawai, Selamat Bercuti Buat yang Bercuti, Selamat pengantin Baru Buat Sesiapa yang bakal menamatkan zaman Bujang..dan Selamat mencari Buah Hati buat Yana..!! Hahahha..KBYE
No comments:
Post a Comment