Friday, 29 June 2012

Selamat Tinggal Profesion Guru

Hye..
Hurmm..Entri kali ini lebih kepada personal..

Meja yang ditinggalkan. Gonna Miss the moment when we together  teaching.



 Luahan Hati Yana.. Yana bakal meninggalkan bidang perguruan demi masa depan Yana.. Hari ini, tanggal 29. Jun. 2012 hari terakhir Yana bergelar seorang guru dalam dunia perguruan. Hurmm.. Sedihnya.. Yana bakal merindui murid-murid dan rakan sepejuangan. Yana dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kejururawatan di Kolej Sains Bersekutu Kuching yang akan bermula pada 2 Julai 2012. Jururawat merupakan cita-cita Yana zaman Yana sekolah rendah lagi, tapi bila dah masuk sekolah menengah, minat nak jadi Guru pula. Syukur kepada Tuhan, Yana telah merasai pengelaman menjadi seorang guru walaupun sedikit sebaik agak sukar dan cita - cita Yana nak jadi Guru sudah tercapai jua.

Yana akui bidang perguruan mencabar kerana insan yang dididik merupakan generasi baru yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Tanggungjawab menjadi seorang guru bukannya hanya mengajar sahaja. Banyak lagi tanggungjawab guru yang ramai orang tidak tahu. Hanya satu yang Yana boleh katakan, "Hargailah Guru Semasa Beliau Mengajar, Kerana Guru Ibarat Lilin, Sanggup Membakar Diri Demi Masa Depan Anak Bangsa".

Bermulalah Episod Hidup Yana sebagai pelajar kejururawatan di Kuching. Hidup berjauhan dengan keluarga dan bakal menemui rakan baru. Next entry Yana akan ceritakan mengenai kisah Yana di Kolej Sains Bersekutu Kuching (KBSK) Sarawak. Yana Budak Baru Belajar, Kalau Salah, Berilah Tunjuk Ajar.. Jangan malu bertanya jika tidak mahu sesat jalan. Murahkan senyuman dan ringankan mulut bertanya. :D

KBYE.

No comments: